Dua beradik lemas dalam kereta, tiada waris tuntut, bapa dakwa telah Islamkan di Kelantan

PORT DICKSON – Status agama dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi, di sini, Khamis lalu, masih belum dapat dipastikan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Asri Abdullah berkata, semakan pihaknya mendapati tiada sebarang rekod berkaitan pengislaman kedua-dua kanak-kanak itu.

“Pihak kami menerima permohonan daripada polis untuk menyemak status agama kanak-kanak terbabit berikutan pada dokumen peribadi mereka tertera maklumat sebagai keturunan Cina.

Bapa kepada kanak-kanak itu mendakwa anaknya telah diislamkan di Kelantan, namun semakan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan mendapati tiada rekod berkaitan perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau menjelaskan, sekiranya tiada pihak tampil menuntut mayat, JHEAINS akan mengambil tanggungjawab menguruskan pengebumian mereka. Bagaimanapun, bapa mangsa perlu membuat laporan polis mengesahkan anak-anaknya telah diislamkan.

“Selain itu, kita juga memerlukan kebenaran ibu kandung mereka yang berdasarkan rekod bukan beragama Islam, sebelum sebarang urusan pengebumian dilakukan,” katanya.

Sementara itu, proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Port Dickson (HPD) pada jam 4.30 petang semalam, namun sehingga kini jenazah masih belum dituntut waris.

Dalam kejadian Khamis lalu, sebuah kereta jenis Nissan Teana yang diparkir di tepi Sungai Linggi tiba-tiba menggelongsor masuk ke dalam sungai pada jam 11.40 pagi ketika dua beradik terbabit sedang tidur di dalam kenderaan berkenaan. Seorang wanita yang turut berada dalam kereta itu sempat diselamatkan, manakala kenderaan berkenaan berjaya ditarik keluar kira-kira jam 4 petang dengan bantuan kenderaan penunda.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, mengesahkan ibu dan bapa kanak-kanak terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas memberi keterangan meragukan.

Hasil semakan mendapati bapa mangsa mempunyai 16 rekod jenayah termasuk empat kes dikehendaki, manakala wanita yang disangka ibu kanak-kanak itu sebenarnya kekasih bapa mangsa dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kereta digunakan dalam kejadian itu dilaporkan hilang di Nusa Bestari, Johor pada 2022.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Utusan

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan