Kelantan pertaruh senjata baharu menentang Seoul Phoenix

KOTA BHARU – Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) berjaya mendaftarkan empat pemain baharu, termasuk seorang import, sebelum jendela pendaftaran pertama Liga Malaysia ditutup pada 31 Ogos lalu.

Ketua jurulatih, Irfan Bakti berkata pada rabu, kemasukan pemain baharu itu memberi nafas segar serta menambah kekuatan skuadnya menjelang aksi Liga A1 Semi Pro menentang Seoul Phoenix FC di Stadium Sultan Muhammad IV, (malam ini).

“Kehadiran empat pemain adalah tambahan yang bagus untuk skuad sedia ada. Mereka menguatkan Kelantan Red Warrior, terutama di bahagian serangan yang sebelum ini agak tumpul.

“Kami kini ada banyak pilihan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama. Itu memudahkan penggiliran pemain mengikut keperluan taktikal serta lawan yang akan kami hadapi,” katanya.

Tambah Irfan, beliau mahu membentuk sebuah pasukan mantap untuk mencabar kejuaraan liga dan memastikan KRWFC layak ke Liga Super musim depan.

Sebelum tarikh tutup perpindahan, KRWFC menandatangani Abdul Latiff Suhaimi dan Wan Mohamad Mikhail Wan Zakaria yang beraksi di pertahanan, selain penyerang Rafie Mat Yaacob dan penyerang import Kenya, Ismael Salim Dunga.

Menariknya, perlawanan malam ini mungkin menjadi penampilan pertama gandingan Mbarga–Dunga–Otis dalam kesebelasan utama, yang diharap mampu merobek benteng Seoul Phoenix di Kota Bharu.

Tiket perlawanan boleh didapati di kaunter Stadium Sultan Muhammad IV dengan harga bermula RM15. Sepak mula dijadualkan pada jam 8.45 malam.

#KelantanDaily

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!