Hanya 122 permit penjualan bunga api dan mercun diluluskan setakat ini oleh Polis Kelantan sempena sambutan Aidilfitri.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya menerima lebih 400 permohonan daripada peniaga.
“Permohonan sudah ditutup dan kita meneliti baki permohonan yang dibuat oleh peniaga sama ada diluluskan atau ditolak.
“Sebelum ini saya sudah memaklumkan permit jualan bunga api dan mercun akan dihadkan tahun ini berbanding tahun sebelumnya kerana ramai peniaga mengeluh jualan tidak laku disebabkan terlalu ramai peniaga.
“Justeru, setakat ini hanya 122 permit diluluskan. Namun, untuk permohonan sudah ditutup dan baki permohonan yang sedia ada ini kita teliti dahulu,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini media melaporkan, polis Kelantan mengehadkan pengeluaran permit jualan mercun dan bunga api sempena Aidilfitri susulan rungutan peniaga yang mengalami kerugian tahun lalu akibat terlalu ramai pemegang lesen.
Sumber: Harian Metro
SHARE:
