Buruh Mengaku Bersalah Bakar Rumah Ibu Saudara Di Kampung Tegayong, Melor

Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan kerosakan sebuah rumah milik ibu saudaranya di Kampung Tegayong, bulan lalu.

Tertuduh, Syahrulnizam Mamat, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 9 April depan bagi fakta kes dan hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api menggunakan pemetik api dengan niat menyebabkan kerosakan kepada harta iaitu rumah milik Faridah Kasim, 62.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Tegayong, Melor kira-kira jam 4.15 petang pada 24 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurshafiqa Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan dan memaklumkan tertuduh serta mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu anak saudara dan ibu saudara.


Mahkamah kemudian memutuskan tiada jaminan diberikan dan menetapkan 9 April untuk hukuman.

Sumber: Berita Harian

SHARE

TERKINI

PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Rumah Macam Zoo, Usahawan Turut Pelihara 6 Ekor Buaya Di Rumah
|
Seorang usahawan ternakan di Sungai Sikamat, Kajang, mendakwa sering…
Jawatan Kosong Kelantan