Ini Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Dan Doa Dianjurkan Mufti WP

Malam Lailatul Qadar sentiasa dinanti-nantikan umat Islam kerana ia merupakan malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan, penuh rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

Beruntunglah bagi sesiapa yang dipertemukan dengan malam istimewa ini kerana para malaikat termasuk Jibril turun pada malam tersebut dengan izin Allah SWT.

Menerusi perkongsian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa tanda yang disebut oleh para ulama berdasarkan hadis dan riwayat.

Berlaku Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الَعَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضانَ

Bermaksud: Berusahalah mencari Lailatulqadar pada malam terakhir yang ganjil di bulan Ramadan.
(Riwayat al-Bukhari)

Ini menunjukkan ia berlaku pada sepuluh malam terakhir, khususnya malam ganjil.

Malam Yang Tenang Dan Nyaman

Antara tanda yang disebut ialah malam tersebut bersih dan terang, suasananya tenang serta tidak terlalu panas atau sejuk. Pada paginya pula, matahari terbit dalam keadaan tidak terlalu terik dan tidak bercahaya menyilaukan.

Sabda Nabi SAW:

أَن الشَّمْس تطلع فِي صبيحتها لَا شُعَاع لَهَا

Bermaksud: Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.

Air Laut Menjadi Tawar

Sebahagian riwayat juga menyebut bahawa air masin (laut) menjadi tawar pada malam tersebut sebagaimana dinukilkan oleh para ulama dalam kitab-kitab hadis.

Doa Dianjurkan Pada Malam Lailatul Qadar

Saidatina Aisyah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang doa yang perlu dibaca sekiranya bertemu Lailatul Qadar.

Baginda SAW bersabda agar membaca:

اللَّهُمَّ ‌إِنَّكَ ‌عَفُوٌّ ‌تُحِبُّ ‌الْعَفْوَ ‌فَاعْفُ ‌عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka ampunilah aku.”
(Riwayat Ibn Majah)

Selain doa tersebut, umat Islam juga disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran, zikir serta doa-doa lain pada malam berkenaan.

Sebagaimana firman Allah SWT:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah Al-Qadr: 3)

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

SHARE:

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!