[VIDEO] Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Solat Berjemaah Pada Hari Pertama Ramadan

Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat berjemaah pada hari pertama Ramadan baru-baru ini.

Jemaah yang dikenali sebagai Alias Abd Ghani itu menghembuskan nafas terakhir ketika bersama jemaah lain di Masjid Al-Khairiyah.

Menerusi perkongsian pihak masjid di Facebook, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Allahyarham sedang berdiri sebelum dilihat rebah ketika ingin rukuk.

Allahyarham kemudiannya jatuh dalam keadaan seakan bersujud sebelum disedari jemaah lain.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda lagi diredai-Nya.

“Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah berpulangnya Hj. Alias Abd Ghani menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan,” menurut kenyataan pihak masjid.

Jenazah Allahyarham telah disolatkan di masjid berkenaan selepas solat Jumaat dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata.


Pihak masjid turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

@masjidalkhairiyahgombak

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda lagi diredai-Nya." ​Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah berpulangnya Tn. Hj. Alias bin Abd Ghani menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan. Bagi pihak keluarga dan pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, berikut adalah ketetapan untuk penghormatan terakhir: Solat Jenazah : Akan didirikan pada hari Jumaat (20 Februari 2026) sejurus selepas Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak. ​Urusan Pengebumian: Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata. ​Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya. ​Salam takziah daripada kami di Masjid Al-Khairiyah.

♬ suara asli - Rus Minah - Rus Minah

SHARE:


TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!