Video beruk dianiaya tular, SAFM desak PERHILITAN ambil tindakan segera

Satu video memaparkan seekor beruk dianiaya tular di media sosial hari ini, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai. Insiden yang dipercayai berlaku di Kelantan itu memperlihatkan haiwan tersebut diikat menggunakan rantai, ditampar berkali-kali dan dihentak, menyebabkan ia jelas mengalami kesakitan.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan mendesak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk bertindak segera terhadap kes tersebut.

SAFM memaklumkan mereka menerima beberapa aduan daripada orang awam selepas video berkenaan mula tular.

Persatuan itu turut menyeru individu yang mempunyai maklumat atau menjadi saksi kejadian tampil membantu siasatan.

SAFM turut mengingatkan bahawa perbuatan menganiaya hidupan liar adalah kesalahan serius di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Berdasarkan Seksyen 86, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.



SAFM menegaskan mereka akan terus memantau perkembangan kes ini dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas agar keadilan dapat ditegakkan.

Untuk sebarang pertanyaan media, SAFM boleh dihubungi di talian 013-7066770.

@buletintv3

Tindakan ganas seorang lelaki tempatan yang didapati mendera haiwan berkenaan sebelum video berdurasi 1 minit 44 saat itu tular mengundang cemuhan netizen di media sosial. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mendesak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk mengambil tindakan segera. BuletinTV3 BeritaTerkini SAFM Perhilitan DeraBeruk KekejamanHaiwan

♬ original sound - BuletinTV3 - BuletinTV3

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!