PGA Mohon Peruntukan Tambahan Pasang Kawat Berduri Di 69 Jeti Haram

Pasukan Gerakan Am (PGA) melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memohon peruntukan tambahan bagi memasang kawat berduri jenis concertina di baki 69 jeti haram yang telah dirobohkan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata, setakat ini kawat berduri telah dipasang di 27 daripada keseluruhan 96 jeti haram yang dirobohkan menerusi operasi bersepadu agensi keselamatan.

“Baki 69 jeti haram akan dipasang kawat berduri yang sama dan kita akan memohon peruntukan tambahan bagi tujuan itu,” katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Pengkalan Kubor.

Beliau berkata, kontraktor telah melaksanakan pemasangan kawat berduri sepanjang 1.5 kilometer dengan peruntukan RM100,000 yang diluluskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Pemasangan kawat berduri itu diharap dapat mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan lain yang masih cuba dilakukan di pangkalan haram sepanjang Sungai Golok.

Menurutnya, fasa pertama pemasangan dimulakan di pangkalan haram di pekan Rantau Panjang hingga ke Pos Ibrahim Pencen sejauh 1.5 kilometer.


“Sebanyak 27 lokasi di pangkalan haram yang dirobohkan sebelum ini dikenal pasti untuk pemasangan pagar kawat concertina di bawah fasa pertama projek itu,” katanya.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan