Jasad Adik Anggota Bomba Lemas Ditemui Di Pantai D’Aur Bachok Pagi Ini

Tragedi lemas dua beradik di Pantai Kandis berakhir dengan penemuan jenazah mangsa kedua awal pagi tadi.

Jenazah Ahmad Nurruddin Abdul Wahab, 21, ditemui terdampar di Pantai D'Aur, lokasi sama mayat abangnya dijumpai sebelum ini.

Mayat ditemui orang awam kira-kira jam 7.10 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata pengecaman mayat dibuat oleh bapa mangsa.

“Mayat mangsa kedua ditemui kira-kira 3.5 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan.

Menurut beliau, jarak penemuan itu juga kira-kira 200 meter daripada lokasi mayat mangsa pertama iaitu abangnya, Ahmad Badrul Abdul Wahab, 32, yang juga anggota bomba, ditemui pada jam 12.52 tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa lalu, kegembiraan 20 ahli keluarga dari Pasir Puteh yang berkelah di Pantai Kandis bertukar tragedi apabila dua ahli keluarga mereka lemas.

Ahmad Nurruddin dikatakan terlebih dahulu lemas bersama anak saudaranya, Mohd Ali Al Imran, 12, sebelum Ahmad Badrul bersama abang iparnya, Mohd Ezad Abu Hassan, 40, cuba membantu.


Mohd Ezad berjaya membawa anaknya ke daratan, namun kedua-dua beradik itu dilaporkan hilang sebelum ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan