Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Beralih Ke Terminal Baharu Mulai Esok, 19 Februari

Dato’ Dr Izani Husin memaklumkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) akan beralih sepenuhnya ke terminal baharu mulai esok, 19 Februari 2026.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan itu, laluan berlepas akan menggunakan flyover manakala laluan ketibaan melalui laluan bawah.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Peralihan ke terminal baharu itu dijangka memberi keselesaan lebih baik kepada pengguna serta meningkatkan kelancaran aliran trafik di kawasan lapangan terbang.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan pintu masuk utama ke negeri ini dan antara lapangan terbang tersibuk di Pantai Timur.


Orang ramai yang mempunyai urusan penerbangan dinasihatkan agar mengambil maklum perubahan laluan tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan