Polis Bachok Perhebat Rondaan Musim Perayaan, Sasar Sifar Pecah Rumah

Polis Bachok mempergiat rondaan di seluruh kawasan perumahan di daerah ini sepanjang musim perayaan bagi mengekang kejadian pecah rumah ketika penduduk pulang bercuti.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, operasi yang bermula Ahad lalu dan akan berlangsung hingga Jumaat ini memberi fokus kepada kawalan pencegahan jenayah serta pemantauan lalu lintas sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, sepanjang tempoh enam hari operasi tersebut, tiada kes pecah rumah dan kemalangan maut direkodkan di daerah berkenaan.

“Setakat ini, kes pecah rumah adalah sifar dan kemalangan maut juga sifar.

“Kami mahu pastikan penduduk yang pulang ke kampung atau bercuti meninggalkan rumah dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina di Petron Badak, di sini, pada Selasa.

Beliau turut melakukan pemeriksaan trafik sambil menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya.

Menurutnya, rondaan dijalankan 24 jam sehari membabitkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda (MPV), meliputi kawasan pentadbiran Balai Polis Bachok, Tawang, Jelawat dan Gunong di Bachok.

Tumpuan juga diberikan kepada rumah yang ditinggalkan kosong selepas pemilik memaklumkan perkara itu kepada polis menerusi sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Orang ramai boleh memaklumkan tempoh mereka meninggalkan rumah melalui aplikasi VSP dengan menyatakan jumlah hari untuk kami membantu membuat rondaan berkala di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, kami menerima lima makluman rasmi melalui sistem tersebut yang menunjukkan ada kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis,” katanya.

Beliau berkata, maklumat yang disalurkan adalah sulit dan rondaan akan dipertingkatkan di kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan empat kes pecah rumah direkodkan dalam tempoh enam minggu pertama tahun ini dengan tujuh tangkapan dibuat membabitkan suspek tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.


Selain pencegahan jenayah, polis turut memberi tumpuan kepada kawalan lalu lintas berikutan peningkatan kemasukan kenderaan ke Bachok sepanjang cuti perayaan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Ibu Tunggal Masalah Mental, Sakit Jantung Tabah Jaga Lima Anak OKU Di Pasir Puteh
|
Seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit jantung berlubang serta…
Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang
|
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu…
[VIDEO] “Jika Diberi Peluang Saya Pun Nak Lepak Disana” – ADUN Melor
|
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sedikit hangat…
Kelantan Rancang Tambah Lokasi Riadah, Aktiviti Permotoran Untuk Bendung ‘Mat Rempit’
|
Kerajaan Negeri Kelantan merancang menyediakan lebih banyak lokasi riadah…
Kelantan Umum Pakej Rangsangan Ekonomi RM2 Juta Kepada Rakyat
|
Kerajaan negeri Kelantan semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat…
Buruh Ladang Proses Air Ketum Dalam Hutan Sejak 2 Tahun
|
Demi mengaut keuntungan RM30 seliter, seorang buruh ladang sanggup…
Jawatan Kosong Kelantan