Empat Pelajar Orang Asli Kelantan Cipta Sejarah Ke SBP

Seramai empat pelajar Orang Asli dari negeri Kelantan berjaya melakar sejarah apabila ditawarkan tempat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi persekolahan tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu hantaran memaklumkan, kejayaan itu merupakan pencapaian membanggakan selepas sedekad.

pelajar orang asli kelantan ke sbp

Empat pelajar cemerlang tersebut ialah:

  • Nor Christina Ranya dari Sekolah Kebangsaan Sri Permai K9 (JHEOA)
  • Nur Muhammad Al Khawarizmi Rosmi dari Sekolah Kebangsaan Kuala Betis
  • Muhammad Putra Faizul Ab Ghani dari Sekolah Kebangsaan Sungai Rual
  • Elfira Nur Zulhaiza Emmie dari Sekolah Kebangsaan Sungai Rual

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada empat pelajar Orang Asli dari Negeri Kelantan yang telah melakar sejarah apabila berjaya menempatkan diri ke SBP buat pertama kali selepas sedekad.

“Semoga terus cemerlang dan menjadi contoh kepada generasi seterusnya,” menurut kenyataan tersebut.

Difahamkan, tiga daripada pelajar berkenaan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra manakala Nor Christina Ranya pula akan menyambung pengajian di Sekolah Menengah Sains Gua Musang.


Kejayaan ini dilihat sebagai satu pencapaian signifikan dalam memperkasakan pendidikan komuniti Orang Asli di negeri ini.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Jawatan Kosong Kelantan