PGA Rampas Pistol Berpeluru, Tiga Lelaki Dicekup Di Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson model 3914 berisi lapan butir peluru hidup hasil penahanan tiga lelaki di tepi Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat pada 6 Februari lalu.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 8.30 malam oleh anggota Batalion 7 PGA bersama Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat.

Menurut beliau, pasukan bertugas mengesan sebuah Proton Saga BLM dan motosikal Modenas Kriss diparkir dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan berhampiran sebuah kedai karpet sebelum pemeriksaan dijalankan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiga lelaki berusia 25, 26 dan 33 tahun berada di lokasi tersebut, dengan seorang daripada suspek cuba melarikan diri menaiki motosikal sebelum terjatuh ke dalam longkang dan berjaya ditahan.

Ujian saringan air kencing mendapati dua daripada tiga suspek positif methamphetamine, manakala seorang lagi negatif.

Siasatan awal mendapati pistol berkenaan dipercayai diperoleh daripada seorang warga Thailand di Tak Bai dan dibawa masuk melalui pengkalan haram di Pengkalan Kubor dengan bayaran upah RM1,500.


Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain pihak polis turut mengesan seorang individu dikenali sebagai ‘Abe Keydey’ bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!