850kg Minyak Masak Dirampas Dalam Operasi KPDN Di Sempadan Pasir Mas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya menumpaskan satu kes penyelewengan minyak masak melibatkan sebanyak 850 kilogram dalam satu operasi bersepadu di kawasan sempadan Pasir Mas, petang semalam.

Operasi yang dijalankan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 sekitar jam 6 petang di sebuah alamat tidak bernombor di Kampung Lubok Kawah membawa kepada penahanan seorang lelaki warganegara.

Hasil serbuan mendapati pasukan operasi merampas sebanyak 50 kotak minyak masak paket berjenama yang dipercayai disimpan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Selain itu, pihak KPDN turut menyita sebuah kenderaan jenis Proton Waja berwarna kelabu yang dipercayai digunakan untuk tujuan penyelewengan, dengan anggaran nilai RM5,000.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM7,000.


Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

SHARE:

TERKINI

70 Premis Di Kedah Didakwa Jadi Sekolah Anak Rohingya
|
Sekurang-kurangnya 70 premis membabitkan kediaman dan rumah kedai di…
Empat Sekeluarga Maut, Treler Hilang Kawalan Sebelum Hempap Kereta
|
Kemalangan maut yang meragut empat nyawa termasuk seorang bayi…
Tiada CCTV, Bomba Guna Kaedah Saintifik Jejak Punca Kebakaran Di Gok Kapur
|
Ketiadaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian…
Tekong Darat Lari Tinggal 14 PATI Myanmar Selepas Diserbu APMM Di Tumpat
|
Tindakan seorang tekong darat meninggalkan 14 pendatang asing tanpa…
Peniaga Ayam Tipu Timbangan, KPDN Kelantan Terima 29 Aduan
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Ops Tiris 4.0 Kelantan Rekod 104 Kes, Rampasan Hampir RM2 Juta
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!