Rumah Di Hulu Klang Dirompak Ketika Pulang Ke Kampung Di Kelantan, Peti Besi RM3 Juta Lesap

Polis masih menjejaki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan peti besi bernilai hampir RM3 juta di sebuah rumah di Taman Hillview, Hulu Klang, yang berlaku pada 23 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan menyeluruh masih dijalankan termasuk meneliti semua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

“Kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti suspek dan semua CCTV di sekitar kediaman mangsa telah dibuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang usahawan mengalami kerugian hampir RM3 juta selepas tiga lelaki dipercayai memecah masuk rumahnya dan melarikan sebuah peti besi seberat hampir 100 kilogram yang mengandungi emas serta wang tunai.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama isterinya pulang ke kampung di Kelantan, dan rompakan itu hanya disedari kira-kira tiga hari kemudian apabila seorang pekerja datang ke rumah berkenaan untuk mengecas bateri kenderaan elektrik miliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairul Anuar memaklumkan bahawa enam individu termasuk seorang wanita warga asing sebelum ini telah ditahan bagi membantu siasatan.


Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kesemua individu berkenaan tidak terlibat dalam kes pecah rumah tersebut.

Sumber: Sinar Harian

SHARE

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan