Rangka Manusia Prasejarah 9,000 Tahun Di Kelantan Setara Kesihatan Manusia Moden

Penemuan rangka manusia prasejarah berusia kira-kira 9,000 tahun di Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan membuka perspektif baharu terhadap tahap kesihatan manusia awal di Semenanjung Malaysia.

Hasil kajian kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) mendapati struktur tulang, ketumpatan serta kekuatan tulang manusia prasejarah hampir sama dengan manusia moden, sekali gus menolak tanggapan lama bahawa manusia purba lebih lemah secara fizikal.

Kajian bertajuk Status Kesihatan Tulang Manusia Prasejarah Semenanjung Malaysia itu diketuai Prof Dr Ima Nirwana Soelaiman dari Fakulti Perubatan UKM, melibatkan kepakaran pelbagai disiplin termasuk farmakologi, anatomi, pergigian forensik dan arkeologi.

Daripada kira-kira 18 rangka yang ditemui di kawasan Lembah Nenggiri, hanya empat rangka berada dalam keadaan sesuai untuk kajian perubatan dan pengimejan moden.

Hasil analisis mendapati tiada perbezaan ketara dari segi rupa bentuk tulang, ketumpatan serta struktur dalaman tulang berongga (trabecular bone) antara manusia prasejarah dan manusia moden.

Kajian turut mendapati ketinggian fizikal manusia prasejarah hampir setara dengan manusia hari ini, dengan anggaran ketinggian wanita sekitar 160 sentimeter, manakala lelaki antara 163 hingga 172 sentimeter.

Dalam kajian pergigian forensik, pasukan penyelidik menganggarkan usia individu rangka antara 25 hingga 40-an ketika meninggal dunia. Struktur gigi menunjukkan kehausan ketara, dipercayai akibat penggunaan gigi sebagai alat dalam kehidupan seharian seperti memburu, memproses makanan dan menghasilkan peralatan asas.

Kajian ini merupakan penyelidikan biologi perbandingan pertama seumpamanya di Malaysia yang membandingkan tulang manusia prasejarah tempatan dengan manusia moden menggunakan pendekatan sains perubatan moden.



Rangka manusia prasejarah ini kini dipamerkan di Muzium Anatomi, Fakulti Perubatan UKM dan boleh dilawati orang awam melalui janji temu khas.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan