Dua Lelaki Ditahan Jual Iguana, Kura-kura Di Wakaf Bharu

Kegiatan seorang lelaki bersama pekerjanya menjual iguana dan kura-kura secara haram terbongkar selepas rumah mereka di Wakaf Bharu diserbu pihak berkuasa pada Rabu lalu.

Serbuan jam 12.09 tengah hari itu dijalankan sepasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan di kediaman terbabit menemukan sembilan ekor disyaki iguana dan lapan ekor disyaki kura-kura jenis African Spurred Tortoise.

Menurutnya, kesemua hidupan liar yang dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) itu dianggarkan bernilai RM25,200.

“Kita turut menyita lima sangkar serta satu unit telefon bimbit. Dua lelaki tempatan berusia 39 dan 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berusia 39 tahun itu disyaki pemilik hidupan liar terbabit, manakala seorang lagi tangkapan merupakan pekerjanya.

Siasatan awal mendapati spesies terbabit diperoleh dari Thailand untuk tujuan jualan dan kegiatan itu dipercayai aktif sejak setahun lalu.



“Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, manakala barang kes dihantar ke Pejabat Perhilitan Kuala Krai bagi tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!