Kemiskinan dan terpaksa bekerja antara punca pelajar tercicir di Kelantan

KOTA BHARU – Faktor terpaksa bekerja, pengaruh rakan dan masalah kesihatan dikenal pasti antara punca utama keciciran pelajar di Kelantan, selain kesempitan hidup yang memaksa mereka mengabaikan persekolahan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, berkata kemiskinan menjadi penyumbang utama, namun kerajaan telah menyediakan sebanyak 16 jenis bantuan khusus dan umum bagi membantu pelajar yang memerlukan.

“Jika pihak sekolah mempunyai data, mereka boleh mengusulkan agar pelajar terbabit dipertimbangkan untuk menerima bantuan.

“Bagaimanapun keciciran di negeri ini tidak berada pada tahap kronik. Berdasarkan rekod pada 2024, seramai 652 pelajar tercicir di Kelantan, manakala setakat Oktober tahun ini hanya 327 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali Ke-63 di Grand River View, Kota Bharu, pada Khamis.

Menurut beliau, data tersebut menunjukkan usaha intervensi yang dilaksanakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua dan guru besar berjaya memberi kesan positif dalam mengurangkan kes keciciran.

Katanya lagi, daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 76 pelajar tercicir tahun ini, diikuti Gua Musang (62 pelajar).

“Tidak kira sama ada jumlah itu besar atau kecil, kita akan beri perhatian kerana matlamat utama adalah memastikan pelajar kekal berada di sekolah.

“Kita bukan sahaja mahu meningkatkan pencapaian akademik mereka, malah memastikan kesejahteraan mental, psikologi dan emosi turut terjamin,” jelasnya. –#KelantanDaily

Sumber: Sinar Harian, Media Prima

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!