MAIK Bantu 215 Keluarga Miliki Rumah Baharu Di Kelantan Sepanjang 2025

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus memperkukuh kebajikan asnaf apabila sebanyak 215 keluarga berjaya memiliki rumah baharu di seluruh jajahan di Kelantan sepanjang tahun 2025.

Bantuan perumahan itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM14.9 juta, sekali gus membuktikan kecaknaan serta komitmen berterusan pembayar zakat MAIK dalam memastikan golongan asnaf dapat berlindung di kediaman yang jauh lebih selesa berbanding sebelumnya.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, telah menyempurnakan penyerahan replika kunci kepada 24 penerima Bantuan Rumah Kediaman MAIK di Jajahan Bachok, pada Selasa.

Majlis berkenaan berlangsung sempena Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Asnaf Tahun 2026 dan Penyerahan Replika Kunci Rumah MAIK yang diadakan di Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Menerusi bantuan perumahan ini, MAIK menyediakan kediaman baharu yang dilengkapi tiga bilik berharga RM65,000, empat bilik bernilai RM73,000, dan lima bilik bernilai RM80,000, bergantung kepada keperluan serta saiz keluarga asnaf terlibat.

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!