Norhaeda Tunggu Kucing Pulang Di Tapak Rumah Terbakar Setiap Hari

“Boiboi… boiboi…”

Jeritan penuh sebak itu dilepaskan Norhaeda Azahari, 51, apabila melihat seekor kucing yang disangka telah rentung dalam kebakaran rumahnya di Jalan Tok Guru, Kota Bharu, Ahad lalu, tiba-tiba berlari ke arahnya pada Rabu.

Norhaeda berkata, sejak kejadian tragis itu, dia tidak pernah putus berdoa agar ada antara 80 ekor kucing peliharaannya berjaya melarikan diri ketika kebakaran berlaku.

“Disebabkan itu setiap hari saya akan datang ke tapak kebakaran dan menunggu mereka dari pagi sampai ke malam.

“Hari Isnin, dua ekor yang pulang. Semalam seekor dan hari ini Boiboi yang pulang. Alhamdulillah Boiboi, Cik Ta, Bonda, Mama, Mr Bobby masih hidup,” katanya dalam nada sebak.

Dalam kejadian kebakaran tersebut, Norhaeda bukan sahaja kehilangan rumah, malah lebih 70 ekor kucing terbiar yang dipeliharanya rentung, selain ibu angkatnya, Fatimah Mat Said, 89, turut terkorban.

Terdahulu, Norhaeda menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan yang diwakili oleh Pengarahnya, Yusnita Muhamed Yusoff, di tapak rumah yang terbakar.

Menurut Norhaeda, tragedi itu memberi kesan mendalam kepadanya sehingga dia hilang selera makan dan sukar melelapkan mata apabila teringat kenangan bersama ibu angkat serta kucing-kucing peliharaannya.

“Sudah 30 tahun saya memelihara kucing terbiar yang dipungut dari kedai makan, hospital dan tempat lain,” katanya.

Tambahnya, setiap bulan dia membelanjakan kira-kira RM2,000 untuk makanan dan kos perubatan haiwan walaupun hanya mengusahakan dobi kecil-kecilan dari rumah.



Ketika ini, Norhaeda menumpang di rumah adik lelakinya di Guchil Bayam, di sini.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan