Kanak-Kanak 2 Tahun Maut, Ibu Tertinggal 9 Jam Dalam Kereta

Tragedi menyayat hati berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diletakkan di belakang sebuah bank berhampiran Jalan Tunku Hassan, di sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai telah ditinggalkan di dalam kenderaan sejak jam 8 pagi dan hanya disedari sekitar jam 5 petang.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira jam 6.15 petang daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berada di dalam kenderaan jenis Proton Saga berwarna putih dan dipercayai ditinggalkan oleh ibunya seawal jam 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, ibu mangsa terlupa untuk menghantar anaknya ke tempat pengasuh dan hanya menyedari kejadian itu selepas selesai waktu bekerja sekitar jam 5 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) sebelum mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala ibu mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, seorang pekerja kedai pakaian berhampiran berkata dia terdengar jeritan seorang wanita dari bahagian belakang premis sebelum bergegas keluar untuk melihat keadaan.

“Saya dimaklumkan ada seorang kanak-kanak tidak sedarkan diri di dalam kereta. Ada yang cakap ibu kanak-kanak itu bekerja di sebuah bank dan terlupa anaknya tertinggal dalam kenderaan,” katanya.



Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke IPD Seremban di talian 06-6033222.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan