KPDN Pasang CCTV Di Stesen Minyak Sempadan, Banteras penyelewengan petrol bersubsidi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua stesen minyak di kawasan sempadan mulai tahun ini sebagai langkah agresif membanteras ketirisan dan penyelewengan petrol RON95 serta diesel.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pendekatan berasaskan teknologi itu diyakini mampu mengesan taktik sindiket yang disyaki beroperasi dengan kerjasama pihak tertentu di lokasi berisiko tinggi.

Menurutnya, tanpa pemantauan ketat, seorang individu boleh menyedut atau mengisi petrol sehingga 40 tong jerikin sekiranya wujud kerjasama daripada pihak tertentu.

“Oleh sebab itu, teknologi seperti pemasangan CCTV dan penggunaan data akan menjadi asas penting untuk membantu siasatan serta tindakan penguatkuasaan.

“Pemasangan CCTV ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak industri dan dikawal sepenuhnya oleh KPDN bagi memastikan rakaman boleh digunakan sebagai bahan bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azman memaklumkan KPDN turut memasang 17 papan tanda larangan import dan eksport di semua Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di negeri-negeri sempadan.

Katanya, papan tanda amaran itu memaparkan dengan jelas larangan pembelian RON95 oleh warga asing serta larangan membawa keluar minyak masak paket dan barangan kawalan lain.



“Ia lengkap dengan gambar dan maklumat supaya sesiapa sahaja yang masuk atau keluar negara tahu apa yang tidak boleh dibawa keluar dari Malaysia,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan