6,000 pelajar dijangkiti influenza, beberapa sekolah ditutup

PUTRAJAYA, 13 Okt – Kira-kira 6,000 pelajar sekolah di seluruh negara direkodkan dijangkiti penyakit influenza, dengan beberapa sekolah terpaksa ditutup sementara atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata langkah penutupan sekolah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah.

“Sebenarnya kita ada pengalaman yang panjang dengan COVID-19 dan garis panduan dalam berhadapan penyakit berwabak ini.

Kita sudah minta sekolah kita berpandukan garis panduan tersebut, supaya kita galakkan warga sekolah menggunakan pelitup muka dan pada masa yang sama mengurangkan aktiviti yang melibatkan murid-murid itu berinteraksi secara beramai-ramai,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Dr Mohd Azam berkata, semua sekolah telah diarah melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan bagi membendung penularan jangkitan influenza dalam kalangan murid.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula pada 3 November ini.

“Kita sudah minta pegawai di Lembaga Peperiksaan untuk bersedia dengan cabaran-cabaran ini, sebab SPM akan bermula,” katanya.

Sementara itu, KKM pada Khamis lalu memaklumkan sebanyak 97 kluster jangkitan influenza A dan B dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding 14 kluster minggu sebelumnya, dengan majoriti kes melibatkan institusi pendidikan.



Lima negeri mencatat jumlah kluster tertinggi ialah Selangor (43 kluster), Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9) dan Kedah (5), dengan kebanyakan kes menunjukkan simptom ringan.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!