Bekas Panglima Tentera Darat Didakwa Terima Lebih RM2.12 Juta Hasil Aktiviti Haram

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM2.12 juta.

Muhammad Hafizuddeain, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham pertuduhan, minta dibicarakan,” katanya.

Beliau menjadi PTD pertama yang didakwa di mahkamah berkaitan kes pengubahan wang haram membabitkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa menerima wang hasil aktiviti haram masing-masing berjumlah RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga bank membabitkan tiga lokasi berbeza iaitu Jalan Melaka, Bukit Damansara dan pusat bandar raya Kuala Lumpur, antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes ini berkait rapat dengan Ops Parasit apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya pada 7 Januari lalu berhubung projek perolehan tender Tentera Darat.

BERKAITAN: Isteri Bekas Panglima Tentera Darat Didakwa Terima Wang Haram RM77,000



Siasatan SPRM bermula sejak 7 Oktober 2025 dan disifatkan sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam, termasuk siasatan awal di Kementerian Pertahanan pada 23 Disember 2025.



Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri sebulan sekali pada minggu pertama setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 30 Mac ini bagi sebutan semula kes.

ringkasan kes bekas ptd didakwa rasuah



Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!