“Walaupun babi itu busuk, busuk lagi budu dan belacan” – MP Puncak Borneo

Seorang Ahli Parlimen dari Sarawak hari ini menggesa semua pihak supaya menghormati pilihan makanan orang lain, sambil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang mencaci daging babi sebagai busuk dan kotor.

Ahli Parlimen Willie Mongin (GPS–Puncak Borneo) berkata, dari perspektif masyarakat Dayak, komuniti mereka tidak pernah menghina makanan kaum atau agama lain, namun sering menjadi sasaran hanya kerana memakan daging babi.

“Kita sebagai orang Dayak tak pernah mencaci dan menghina makanan orang lain.

“Kita sebagai orang yang makan babi tidak banyak yang ambil rasuah, tidak banyak yang makan dadah, tidak banyak yang sampai buat perkara pelik-pelik, tapi kita dituduh makan babi dan tidak jadi orang bertamadun.

“Ini perlu dihentikan oleh rakyat Malaysia, oleh mana-mana pihak. Perlu hormati makanan orang lain,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat.

Willie berkata demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam perbahasan itu, wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) tersebut turut membandingkan bau daging babi dengan budu dan belacan, yang menurutnya mempunyai bau lebih kuat.

“Walaupun babi itu busuk, busuk lagi budu dan belacan, tapi kita tak pernah menghina.



“Kita saling menghormati untuk menjaga keharmonian dan mendengar titah duli tuanku supaya hidup dalam suasana harmoni,” katanya lagi.



Sumber: Malaysiakini, Malaysia Gazzette

SHARE:

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!