Wakil Rakyat PAS Pasir Mas Hulu Dibunuh, Kisah Gugurnya Samad Gul Pada 1967

Sejarah politik Kelantan menyimpan satu kisah pilu yang jarang diperkatakan, namun sarat dengan pengorbanan dan keberanian perjuangan.

Menurut perkongsian Mohd Faisal, seorang penulis bebas menerusi akaun Facebook miliknya, kisah ini merakamkan peristiwa tragis melibatkan seorang wakil rakyat PAS Parlimen Pasir Mas Hulu, Samad Gul, yang dibunuh pada tahun 1967.

Allahyarham Samad Gul dikenali sebagai seorang pemidato hebat dan mempunyai personaliti yang menarik. Pada malam 3 Julai 1967, sekitar jam 12.15 tengah malam, beliau dilaporkan keluar dari Pejabat PAS Kelantan selepas menghadiri satu perjumpaan sempena Maulidur Rasul SAW.

Ketika berjalan menuju ke keretanya, Samad Gul diserang dari belakang dan ditetak menggunakan kapak kecil, mengenai bahagian telinga hingga ke leher.

Dalam keadaan parah dan menahan kesakitan berhampiran keretanya, seorang anggota polis berbangsa Cina yang berada di kawasan tersebut melihat kejadian itu. Anggota polis berkenaan menghampiri mangsa, bertanyakan keadaan sebelum membawa Allahyarham ke hospital.

Namun, akibat pendarahan yang sangat banyak sehingga menyebabkan kecederaan pada otak, Samad Gul menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.00 pagi ketika menerima rawatan.

Menurut perkongsian Mohd Faisal lagi, walaupun terdapat suspek yang pernah ditangkap dan dibicarakan, tiada siapa dapat disabitkan kesalahan kerana kes tersebut hanya berlegar dalam bentuk spekulasi. Sehingga ke hari ini, pembunuh sebenar Samad Gul tidak pernah dikenal pasti.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 32 tahun dan meninggalkan lima orang anak. Kisah pemergian beliau menjadi simbol pengorbanan tokoh politik generasi terdahulu yang berjuang dalam serba kekurangan dan penuh risiko.



Mohd Faisal turut mengimbas perbezaan ketara antara zaman dahulu dan sekarang, di mana wakil rakyat hari ini sering diiringi pegawai ketika turun ke pejabat atau kenderaan, berbeza dengan era terdahulu yang penuh kesederhanaan. Malah, ada tokoh yang asalnya orang berada, akhirnya hidup miskin selepas bergelar wakil rakyat kerana komitmen perjuangan.

Sumber: Mohd Faisal

SHARE:

TERKINI

Iran Lancar Serangan Dron Ke Atas Beberapa Kapal Milik AS
|
Ketegangan di perairan Teluk Oman kembali memuncak apabila Iran…
Anak Pertama Dari Kampung Pok Keral, Tumpat Dapat Sambung Belajar Ke Jerman
|
Seorang anak yatim dari Kampung Pok Keral, Tumpat mencipta…
Pemangku Raja Kelantan Zahir Penghargaan Kepada PM, Puji Kerjasama Negeri Dan Persekutuan
|
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menzahirkan setinggi-tinggi…
PGA Dedah Penyeludup Masih Berani Isi Petrol Berulang Kali
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan masih terdapat kenderaan digunakan…
Terima Upah RM70, Dua Lelaki Ditahan Bersama 13 Lembu Seludup Dari Thailand
|
Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 untuk menghantar…
Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Jawatan Kosong Kelantan