Berhenti Kerja Demi Jaga Isteri Terlantar, Suami ‘Tebalkan’ Rayu Ihsan Orang Ramai

Keputusan bukan mudah, tetapi itulah yang terpaksa dilakukan oleh seorang suami apabila isterinya terlantar akibat sembilan jenis penyakit sejak lebih sebulan lalu.

Mohd. Rohaizad Ariffin, 44, mengambil keputusan berhenti kerja demi memberi perhatian penuh kepada isterinya, Rohaizad Abd. Rahim, 37, yang kini memerlukan penjagaan rapi sepenuh masa.

Akibat kekangan kewangan, pasangan itu terpaksa menumpang di rumah ibu saudara di Kampung Padang Enggang selepas tidak mampu membayar sewa rumah.

Menurut Mohd. Rohaizad, keadaan kewangan yang semakin terhimpit memaksanya ‘menebalkan muka’ merayu belas ihsan orang ramai, khususnya untuk membeli keperluan asas isterinya seperti susu khas.

“Isteri menghidap angin ahmar, diabetes sehingga dua jari kaki kiri terpaksa dipotong, darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah buah pinggang, anemia, lepuh bernanah pada lengan, luka pada badan serta penyakit saraf,” katanya.

Sebelum ini, Mohd. Rohaizad membantu rakan berniaga air balang dengan pendapatan sekitar RM50 sehari. Namun, apabila keadaan isterinya semakin tenat kira-kira sebulan lalu, dia terpaksa berhenti bekerja sepenuhnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan belum dikurniakan zuriat. Isterinya sebelum ini bekerja di sebuah syarikat sebelum disahkan menghidap diabetes.

Rohaizad sebelum ini dirawat di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum dibenarkan pulang minggu lalu. Namun, cabaran sebenar bermula apabila rawatan perlu diteruskan di rumah.

“Isteri bergantung kepada susu khas berharga RM8 sebotol dan perlu minum empat botol sehari menggunakan tiub.

“Selain itu, kami perlu beli lampin pakai buang dan tisu basah setiap hari. Jika dicampurkan semua, saya perlukan kira-kira RM3,000 sebulan,” katanya.



Prihatin dengan nasib pasangan itu, Pengerusi Volunteer i Care Kelantan, Muhammad Afiq Aiman Sukry tampil menyampaikan sumbangan susu khas serta beberapa keperluan lain.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd. Rohaizad di 013-787 8212 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya bernombor 1413041000027656.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Tekong Darat Lari Tinggal 14 PATI Myanmar Selepas Diserbu APMM Di Tumpat
|
Tindakan seorang tekong darat meninggalkan 14 pendatang asing tanpa…
Peniaga Ayam Tipu Timbangan, KPDN Kelantan Terima 29 Aduan
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Ops Tiris 4.0 Kelantan Rekod 104 Kes, Rampasan Hampir RM2 Juta
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!