Suami Isteri Di Pasir Puteh Buntu, Bayi Sindrom Down Alami Masalah Usus

Sepasang suami isteri di Pasir Puteh kini berdepan kesukaran kewangan apabila bayi mereka yang berusia 10 bulan menghidap sindrom Down serta mengalami masalah usus sejak lahir.

Bayi lelaki itu, Muhamad Arrash Affan Muhamad Shahmin Aiman, terpaksa menjalani pembedahan usus bulan lalu dan kini membuang air besar melalui perut.

Perlukan RM3,000 Sebulan

Ibunya, Nur Afifah Mat Yeh, 25, berkata mereka memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan bagi menampung kos perubatan anak termasuk peralatan rawatan, lampin pakai buang dan kos pengangkutan ke hospital.

“Muhamad Arrash Affan, anak bongsu daripada dua beradik tidak boleh memakai beg stoma iaitu kantung dilekat pada perut untuk membuang air besar kerana masih kecil.

“Saya perlu menampal pembalut luka dan kain untuk menutup bahagian itu setiap kali anaknya membuang air besar melalui perut.

“Anak saya hanya boleh memakai beg stoma apabila berat badan mencecah lima kilogram,” katanya.

Ibu Bapa Tidak Bekerja

Menurutnya lagi, dia dan suami kini tidak bekerja kerana perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan dan rawatan anak mereka di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh serta Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setiap minggu.

Selain masalah usus, bayi berkenaan turut mengalami masalah penglihatan pada mata kiri yang menyukarkan keadaan.

Ketika ini, keluarga tersebut hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM250 sebulan.

Rayuan Bantuan Orang Ramai

Prihatin dengan nasib bayi itu, Pengerusi Persatuan Generasi Sejahtera (i Sejahtera), Datuk Mohammad Hamizan Amzah turut tampil menyampaikan sumbangan wang tunai serta keperluan lampin pakai buang.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 03090020804197 atau menghubungi Nur Afifah di talian 011-3532 5583.

Sumber: Kosmo

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!