Sempat Campak Anak Ke Tebing, Bapa Dikhuatiri Lemas Selepas Selamatkan Anak

Pengorbanan seorang bapa bertukar tragedi apabila Mohamad Fakarudin Abdul Halim @ Awang, 40, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras Sungai Relai di RKT Kesedar Lebir 1, petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang dihanyutkan arus sebelum dirinya pula tenggelam dan hilang dibawa arus deras sungai.

Rakan mangsa, Mohamad Zukhairul Ismail, 40, berkata insiden berlaku ketika keluarga mereka bersama-sama mandi di sungai berkenaan.

Menurutnya, anak lelaki mangsa dipercayai cuba mengambil selipar yang hanyut di kawasan cetek sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

“Mereka berdua tenggelam seketika sebelum timbul semula. Mohamad Fakarudin sempat mencampak anaknya ke tebing sungai, tetapi selepas itu dia pula dihanyutkan arus,” katanya.

Anak mangsa berjaya diselamatkan selepas berpaut di tebing dan dibantu oleh abang remajanya yang berusia 15 tahun.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang memaklumkan seramai lapan anggota digerakkan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.04 petang.

Komander operasi berkata pencarian dilakukan di permukaan air namun mangsa gagal dikesan berikutan arus deras dan keadaan sungai yang dalam.



Operasi SAR ditangguhkan sekitar jam 7.46 malam atas faktor keselamatan dan akan disambung semula pada keesokan pagi (hari ini).

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

BERKAITAN: Jasad Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Di Gua Musang Telah Ditemui

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!