500 Projek Di Kelantan Babitkan Peruntukan Lebih RM27 Bilion Sedang Dipantau – ICU JPM

Sebanyak 500 projek pembangunan dan infrastruktur di Kelantan, merangkumi 118 projek baharu serta 382 projek sambungan, kini berada dalam pemantauan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Pengarah ICU JPM Kelantan, Jasri Kasim berkata, keseluruhan projek berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM27.46 bilion yang disalurkan menerusi Rolling Plan Kelima (RP5) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurut beliau, antara projek utama yang sedang dipantau dan dilaksanakan termasuk pembesaran Jalan Pasir Hor di Kota Bharu, pembangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) serta kerja naik taraf sekolah dan klinik.

“Kita sedang memantau semua projek ini bagi memastikan ia siap mengikut jadual ditetapkan dan sekiranya berlaku kelewatan, tindakan akan diambil berdasarkan isu yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI di Kampung Guchil Bayam, Mukim Bayang.

Jasri berkata, apabila projek-projek ini siap kelak, ia dijangka memberi perubahan besar kepada kesejahteraan rakyat Kelantan khususnya dari aspek ekonomi, sosial serta peluang pekerjaan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan hampir 10,000 penduduk melibatkan empat kampung telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah ICU JPM Kelantan setakat ini.

Empat kampung tersebut ialah Kampung Guchil Bayam dan Kampung Sungai Keladi di Kota Bharu, serta Kampung Belimbing dan Kampung Pangkal Manak di Tanah Merah.

“Pelbagai inisiatif pembangunan dan kerja baik pulih infrastruktur asas akan diberi tumpuan, termasuk kerja menaik taraf pagar kubur, longkang, jalan kampung serta bantuan baik pulih rumah bagi penduduk miskin di bawah eKasih,” katanya.

Tambah beliau, projek tambahan seperti pembaikan jalan dan penambahbaikan taman rekreasi turut dirancang bagi meningkatkan keselamatan, kelancaran mobiliti serta penyediaan ruang komuniti.



Menurutnya, pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan pendekatan menyeluruh kerajaan MADANI melalui penyelarasan berkesan antara kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi secara terancang dan berfokus.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!