Op Samseng Jalanan: IPD Bachok Keluarkan 21 Saman, Sita Motosikal Aksi Bahaya

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok melaksanakan Op Samseng Jalanan pada Jumaat, 16 Januari 2026 bagi membanteras aktiviti samseng jalanan serta meningkatkan tahap pematuhan undang undang jalan raya.

Menurut kenyataan Polis IPD Bachok, operasi dijalankan dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam itu berlangsung di Jalan Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dan melibatkan seramai 13 pegawai serta anggota, terdiri daripada dua Pegawai Kanan Polis dan 11 Pegawai Rendah Polis.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada kesalahan lalu lintas yang sering dikaitkan dengan aktiviti samseng jalanan serta tindakan yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Hasil pemeriksaan, sebanyak 21 keping saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran, lesen kenderaan motor tamat tempoh, nombor plet tidak mengikut peraturan, penggunaan aksesori tidak dibenarkan serta kegagalan memasang cermin sisi.

Selain itu, polis turut membuat satu tangkapan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 42(1) dan menyita sebuah motosikal selepas penunggangnya didapati menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi wheelie sebanyak dua kali.

Perbuatan tersebut disifatkan membahayakan keselamatan diri penunggang serta pengguna jalan raya lain.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 52 individu dan 45 buah motosikal telah diperiksa. Operasi berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik dan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Pihak polis memaklumkan bahawa operasi penguatkuasaan seperti ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mencegah sebarang aktiviti berbahaya yang boleh mengancam nyawa orang awam.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang undang jalan raya dan bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan di kawasan masing masing.

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan…
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!