KB Sentral Dirancang Bersebelahan Stesen ECRL, Kerajaan Kelantan Buka Peluang Kepada Pelabur

Kerajaan Kelantan merancang pembangunan Terminal KB Sentral yang akan dibangunkan betul-betul bersebelahan Stesen East Coast Rail Link (ECRL) bagi memudahkan pergerakan orang ramai menggunakan bas dan tren di satu lokasi.

Perkara itu dikongsikan oleh Dato’ Dr Izani Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air & Pembangunan Luar Bandar Kelantan menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau, kerajaan negeri mengalu-alukan pemaju serta pelabur untuk mengemukakan cadangan pembangunan Terminal KB Sentral termasuk kawasan tanah di sekitarnya bagi tujuan pembangunan berorientasikan transit (OTD).

Tapak cadangan Termina Bas KB Sentral

Tapak Cadangan Termina KB Sentral Berkeluasan 5 Ekar (Sumber: Dato' Dr Izani Husin)



Pembangunan ini dijangka dapat memaksimumkan potensi kawasan sekitar Stesen ECRL, merancakkan aktiviti ekonomi setempat selain menyediakan kemudahan pengangkutan yang lebih teratur dan mesra pengguna kepada orang ramai.

Dalam perkembangan berkaitan, kerja rawatan tanah di tapak berkenaan sedang dan akan dilaksanakan oleh China Harbour Engineering Company (CHEC) menggunakan kaedah Prefabricated Vertical Drain (PVD) bagi tujuan pengaliran keluar air tanah dan penstabilan tapak.

Timeline kerja rawat tanah oleh syarikat CHEC yang sedang berjalan

Garis Masa Kerja-kerja Rawatan Tanah Di Tapak Terminal KB Sentral (Sumber: Dato' Dr Izani Husin)



Kerja evakuasi tanah dijadualkan bermula pada 20 Januari ini, manakala keseluruhan proses rawatan tanah disasarkan siap sepenuhnya dalam tempoh tahun 2026.

BERKAITAN: Projek KB Sentral ‘On Track’, Kerja Perawatan Tanah RM14 Juta Bermula – Dr Izani

SHARE:

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!