Kelantan Mahu Pemprosesan Nadir Bumi Dilaksanakan Sepenuhnya Di Negeri Ini

Kerajaan Negeri menegaskan hasrat supaya unsur nadir bumi (REE) diproses sepenuhnya di Kelantan, merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran, supaya nilai tambah yang terhasil memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri tidak mahu REE hanya dikeluarkan dalam bentuk mentah, sebaliknya mahu aktiviti pemprosesan dan pembinaan kilang dilaksanakan di Kelantan bagi menjana peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi.

“Apa yang kita nak dengan REE ini ialah kita bukan sahaja jual dalam bentuk mentah, tetapi kita nak ia diproses di sini secara upstream, midstream dan downstream.

Kalau boleh, sepenuhnya REE ini diproses di Kelantan,” katanya pada sidang media di Mabna hari ini.

Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan berpotensi dan menandatangani MoU dengan Lynas Malaysia, selain sedang berbincang dengan beberapa syarikat lain melalui agensi seperti Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Dato’ Dr Mohamed Fadzli menegaskan, pengurusan REE masih tertakluk di bawah Enakmen Mineral negeri manakala Dasar Luar Negara berkaitan REE berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.



Kerajaan negeri kini menunggu garis panduan jelas daripada pihak persekutuan dan menilai tawaran daripada pelbagai syarikat dalam dan luar negara bagi memastikan pulangan optimum kepada Kelantan.

Sumber: Inforakyat.kelantan

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan