Jambatan Besi Ganti Titi Gantung Runtuh Di Lata Rek Dijangka Siap Sebelum Ramadan

Kerajaan akan membina sebuah jambatan besi bagi menggantikan titi gantung yang runtuh di Kampung Chotel Damai, Lata Rek, Kuala Krai baru-baru ini.

Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Kelantan, Jasri Kasim, berkata keputusan pembinaan jambatan baharu itu telah diputuskan dalam mesyuarat minggu lalu dan dijangka siap pada penghujung Februari ini.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan jambatan besi tersebut akan dimulakan pada minggu hadapan dengan sasaran siap sebelum Ramadan.

“Kos pembinaan jambatan besi sepanjang 50 meter dan selebar tiga meter ini dianggarkan kurang daripada RM400,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jasri berkata, buat sementara waktu penduduk setempat masih menggunakan titi gantung yang telah dibaik pulih dan setakat ini tiada isu gangguan bekalan makanan dilaporkan.

Terdahulu, pada 1 Januari lalu, tular di media sosial suasana meriah sebuah majlis perkahwinan bertukar cemas apabila titi gantung yang dilalui tetamu tiba-tiba runtuh, menyebabkan beberapa individu terjatuh ke dalam Sungai Chotel Damai di Lata Rek.

Susulan kejadian itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengarahkan peruntukan segera disediakan bagi menggantikan titi gantung berkenaan demi menjamin keselamatan orang awam serta memastikan kelangsungan akses harian penduduk.



Pengumuman Perdana Menteri itu turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan yang merakamkan penghargaan dan mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bekerjasama dengan ICU JPM serta agensi terlibat bagi memastikan projek berkenaan dilaksanakan dengan teratur dan dipercepatkan.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tak Mahu Susahkan Keluarga, Lelaki Sakit Kronik Nekad Tinggal Dalam Hutan Di Rantau Panjang
|
Seorang lelaki sanggup tinggal bersendirian di sebuah bangsal usang…
[VIDEO] Treler Hilang Kawalan Himpit Pikap Di LPT2, Bapa Maut Dua Anak Cedera
|
Satu kemalangan tragis melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pantai…
Treler Terbabas Melintang Jalan, Trafik Sesak 7 Kilometer Di Gua Musang
|
Awal pagi tadi, pengguna jalan raya di laluan Gua…
Tiada Pesta Air, Singapura Tarik Pelancong Dengan Dikir Barat
|
Tatkala Kuala Lumpur sibuk dengan kemeriahan Festival Rain Wave…
Polis Kelantan Berjaya Selesaikan Kes Pelajar Ditikam Kurang Dari 24 Jam
|
Kes pembunuhan tragis membabitkan seorang pelajar kolej wanita berusia…
“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang
|
Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan…
Jawatan Kosong Kelantan