RM 1 Bilion diperuntukkan naik taraf bekalan air Kelantan

KUALA KRAI – Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan oleh Pengurusan Aset Air Bersih (PAAB) untuk projek penggantian paip uzur, pembinaan tiga loji rawatan air (LRA) baharu, sistem agihan bekalan dan tangki air di seluruh Kelantan sehingga tahun 2030.

Pengerusi PAAB, Datuk Seri Jaseni Maidinsa berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula awal tahun hadapan dan dijangka mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan.

Menurutnya, sebanyak RM600 juta daripada jumlah itu digunakan untuk pembinaan tiga LRA, iaitu dua di Machang dan sebuah lagi di Tanjung Mas, Kota Bharu dengan kapasiti keseluruhan 120 juta liter sehari.

“Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk kos penggantian paip uzur sepanjang 330 kilometer, manakala RM200 juta lagi membabitkan kerja-kerja sistem agihan dan pembinaan tangki bekalan air.

“Kesemua projek sedang dirancang dan pembinaannya akan dilaksana secara berperingkat serta dijangka siap sepenuhnya pada 2030. Projek itu bertujuan menaik taraf sistem bekalan air di Kelantan, mengatasi masalah tekanan air rendah serta meningkatkan margin rizab air terawat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Santuni Madani Bersama PAAB sempena pembinaan tangki air baharu berkapasiti 4,500 juta liter di Madrasah Kampung Lubok Simpul, Mukim Pahi, hari ini.

Mengulas lanjut, Jaseni berkata, PAAB sebelum ini sudah melaksanakan projek pembinaan LRA Bukit Cupak, Gua Musang bernilai RM47.9 juta yang bermula pada November 2022.

Katanya, LRA itu dijangka siap pada bulan hadapan dengan kapasiti 10 juta liter air sehari bagi memenuhi keperluan kira-kira 25,000 penduduk di jajahan tersebut.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo, Utusan

TERKINI

RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!