Niat Cuci Kaki Bertukar Tragedi Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Ditarik Ombak [VIDEO]

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan ombak ketika bermain di Pantai Batu Rakit, Terengganu pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 petang sebelum menggerakkan 11 anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa berada di tepi pantai bersama ibu saudaranya.

“Mangsa yang ingin membasuh kaki di gigi air dihanyutkan ombak sebelum hilang dan dipercayai lemas di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan sebaik pasukan tiba di lokasi.



“Anggota melaksanakan pencarian di permukaan air di sekitar pantai. Setakat ini operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.



Sumber: Bernama

TERKINI

Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Jawatan Kosong Kelantan