17 Pengarah Syarikat Direman, Disyaki Terlibat Rangkaian Kartel Tender Perolehan Tentera Darat

Seramai 17 pengarah syarikat ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari 2026 dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi.

Menurut kenyataan SPRM menerusi TikTok, kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an.

Mereka ditahan antara jam 8.30 hingga 11.30 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Siasatan awal mendapati kumpulan terbabit dipercayai membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan serta penyelenggaraan berkaitan ketenteraan.



Sementara itu, Zainul Darus, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

Sumber: Astro Awani

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan