Pusat Urut Didakwa Bayar Wang Perlindungan RM2.7 Juta Setahun Kepada Penguat Kuasa

Rangkaian pusat urut terkemuka yang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki membayar rasuah sebanyak RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai wang perlindungan.

Menurut sumber, rangkaian pusat urut itu dipercayai menggunakan sistem perakaunan dua lapis, di mana kira-kira 80 peratus jualan tunai tidak dilaporkan, sekali gus menyebabkan anggaran kebocoran cukai sebanyak RM7.56 juta setahun.

“Syarikat ini disyaki membayar rasuah RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai penguat kuasa sebagai wang perlindungan.

“Susulan itu, SPRM menahan lima lagi individu termasuk empat penguat kuasa dan seorang pesara agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit rasuah membabitkan rangkaian pusat urut terkemuka di negara ini,” katanya.

Empat Direman

Menurut sumber itu, empat daripada mereka membabitkan tiga penguat kuasa dan seorang pesara direman selama empat hari hingga 2 Februari ini selepas Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

“Sebelum itu, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan antara jam 5 hingga 7 petang semalam.

“Seorang daripada suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala empat lagi dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman,” katanya.

Semua suspek disyaki menerima suapan daripada syarikat perniagaan pusat urut bagi melancarkan operasi serta memudah cara proses permit pekerja asing syarikat terbabit.

“Hingga kini, SPRM sudah mengambil keterangan daripada 16 saksi bagi membantu siasatan.

“Susulan siasatan itu juga, SPRM menggeledah enam lokasi di Lembah Klang membabitkan pejabat serta kediaman suspek-suspek yang dikenal pasti,” katanya.

SPRM turut mengambil tindakan membekukan 124 akaun perbankan milik individu dan syarikat bernilai kira-kira RM13.3 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.



Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan siasatan turut meneliti elemen kesalahan jenayah lain, khususnya berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.



Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!