“Saya Tidak Gentar, Tidak Rasa Takut” – Ketua Polis Kelantan

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, menegaskan beliau sama sekali tidak gentar atau berasa takut susulan ugutan yang diterima menerusi contengan cat merah di dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok pada 22 Disember lalu.

Insiden berkenaan mula tular di media sosial pada Jumaat, sekali gus mencetuskan perhatian ramai.

Menurut beliau, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Ia ugutan kepada saya. Saya tidak menolak ianya dilakukan oleh sindiket dan dirancang awal, berdasarkan ayat yang digunakan.

“Kita berjihad… takut apa. Saya tidak menolak perkara tersebut dilakukan kerana terasa tercabar dengan tindakan tegas Polis Kelantan dalam memerangi jenayah di negeri ini.

“Termasuk masalah melibatkan sindiket along dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu atau pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya kepada balai polis berhampiran.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!