Polis Kelantan Tumpaskan Kumpulan Pecah Cermin Kereta, 5 Suspek Ditahan

Polis Kelantan berjaya menumpaskan kumpulan pecah cermin kereta dan mencuri selepas menahan lima individu termasuk dua wanita menerusi tiga serbuan berasingan tengah malam tadi.

Semua suspek ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam di tiga lokasi berasingan iaitu di Rantau Panjang dan Pasir Puteh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tangkapan dilakukan susulan kejadian terbaru pada jam 7.30 pagi kelmarin di Pasir Puteh yang membabitkan kerugian melebihi RM1,000.

Hasil tangkapan tersebut, polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil jenayah termasuk 18 telefon bimbit, 11 beg duit, 41 beg tangan dan beg galas pelbagai jenama serta tujuh utas barang kemas.

Menurut beliau, lima suspek yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Thailand, dengan lingkungan usia antara 32 hingga 54 tahun.

“Menerusi tangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah cermin kereta di Kelantan dan Terengganu yang membabitkan kerugian keseluruhan RM32,200,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semakan mendapati tiga suspek lelaki mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala kedua-dua suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.



Ujian saringan air kencing turut mendapati dua suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!