Polis tumpas geng lima lelaki aktif curi motosikal di Kota Bharu

Polis Kota Bharu menumpaskan kegiatan satu kumpulan dipercayai aktif mencuri motosikal selepas menahan lima lelaki dalam operasi khas Op Lejang pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata penahanan itu hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah bersama Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Binjai, susulan tiga laporan kehilangan motosikal sejak Ogos hingga November lalu.

Menurutnya, kes pertama dilaporkan pada 6 Ogos di Kampung Lubuk Pukul membabitkan lelaki 50-an, diikuti kejadian kedua pada 5 September melibatkan mangsa 20-an di Padang Kiat Sering.

Kes ketiga pula berlaku pada 23 November di kawasan parkir PPR Kota Bharu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Bertindak atas maklumat dan risikan, kita berjaya menahan lima suspek berusia 20-an hingga 40-an,” katanya.

Tangkapan itu setakat ini berjaya menyelesaikan lima kes curi motosikal, namun polis tidak menolak kemungkinan terdapat rakan subahat atau pembabitan dalam jenayah lain.

Siasatan turut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Mohd Rosdi berkata, semua suspek kini direman selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu.



Beliau menggesa orang ramai terus menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras jenayah curi motosikal yang semakin menjadi-jadi.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!