Hari Ini Genap 77 Tahun Penubuhan Jajahan Tumpat, Jajahan Paling Kecil di Kelantan

Hari ini genap 77 tahun penubuhan Jajahan Tumpat, yang secara rasmi ditubuhkan pada 1 Januari 1949 di Kawasan Padang Mahkota, terletak di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan.

Penubuhan ini menandakan satu fasa penting dalam sejarah pentadbiran Negeri Kelantan apabila Tumpat mula beroperasi sebagai sebuah jajahan tersendiri, sekali gus melakar perjalanan baharu dalam sistem tadbir urus negeri ketika itu.

Pentadbiran awal Jajahan Tumpat diterajui oleh Allahyarham Dato’ Nik Hussein bin Nik Zainal atau lebih dikenali sebagai Dato’ Kaya Setia, yang dilantik sebagai Ketua Jajahan Tumpat yang pertama.

Di bawah kepimpinan beliau, Tumpat berkembang seiring dengan kemajuan pelabuhan Tumpat dan stesen kereta api yang ketika itu menjadi nadi utama perhubungan serta pengangkutan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Walaupun merupakan jajahan paling kecil di Kelantan dengan keluasan hanya 169.5 kilometer persegi, Tumpat tetap menonjol dengan keunikan tersendiri dari sudut geografi, budaya, ekonomi serta kehidupan masyarakat setempat.

Dari sudut pentadbiran, Jajahan Tumpat ditadbir melalui tujuh Daerah Penggawa dan dibahagikan kepada 30 mukim. Secara keseluruhan, terdapat 57 buah kampung yang setiap satunya diketuai oleh seorang Penghulu atau Ketua Kampung.

Peranan Penghulu ini menjadi penghubung penting antara rakyat dan Pentadbiran Jajahan, sekali gus memastikan tadbir urus setempat dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.



Sumber: UPKN Kelantan

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!