Selepas 12 tahun menyewa, Khairul Aming akhirnya miliki rumah pertama

Selepas lebih sedekad hidup menyewa, pempengaruh terkenal tanah air Khairul Aming akhirnya melakar satu lagi pencapaian besar dalam hidup apabila bakal berpindah ke rumah milik sendiri.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman, ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Menurutnya, dia akan mengambil kunci rumah pertamanya dalam masa terdekat selepas 12 tahun menetap di rumah sewa.

“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya ringkas, namun penuh makna.

Khairul Aming turut berkongsi bahawa kediaman tersebut bukanlah sebuah rumah besar, sebaliknya sebuah kondominium bersaiz sederhana yang sesuai dengan gaya hidupnya sebagai individu bujang.

“Rumah kondo kecil sahaja, kira-kira 1,000 kaki persegi. Cukuplah untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy. Parking pula ada dua tapak,” ujarnya bersahaja.

Walaupun sering dikaitkan dengan kejayaan besar dan pengaruh luar biasa di media sosial, perkongsian itu memperlihatkan sisi sederhana Khairul Aming yang memilih keperluan berbanding kemewahan.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini Khairul Aming turut mengumumkan pembukaan restoran pertamanya yang dinamakan Rembayung.

Projek tersebut disimpan sebagai rahsia selama setahun sebelum didedahkan kepada umum.

Menurutnya, selepas hampir 10 tahun aktif dalam dunia digital, pembukaan restoran itu menjadi langkah awal untuk beliau meneroka dunia perniagaan fizikal sebagai perancangan jangka panjang.

Restoran berkonsepkan elemen kampung di tengah kota itu dibina di kawasan Kampung Baru dengan keluasan kira-kira 8,000 kaki persegi, selain terletak hanya beberapa minit dari KLCC.

Pembukaan Rembayung juga membuka peluang pekerjaan kepada sekitar 50 anak tempatan.



Sumber: @newsnugget.my

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan