Satu perkongsian tular di beberapa platform media sosial menarik perhatian ramai apabila dikatakan seorang individu berkongsi kejadian kehilangan beg duit miliknya yang mengandungi kad bank dan kad pengenalan diri (IC).
Menurut perkongsian dilaman media sosial, beg duit berkenaan ditemui oleh sebuah keluarga. Namun begitu, kad bank di dalamnya dipercayai telah digunakan untuk membuat pembelian makanan di sebuah restoran makanan segera.
Setiap transaksi yang dibuat melalui kad tersebut secara automatik menghantar notifikasi kepada pemilik asal, sekali gus memberi petunjuk bahawa kad berkenaan digunakan tanpa kebenaran.
Hasil semakan lanjut, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terlibat berjaya diperoleh bagi membantu mengenal pasti situasi sebenar.
Kes berkenaan dikatakan telah dibuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Pemilik beg dikatakan meminta agar beg duit tersebut, bersama semua dokumen dan kad bank di dalamnya, dipulangkan segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang lebih besar.
KD: Kadang-kadang yang diuji bukan nilai wang, tapi nilai amanah. Satu keputusan kecil boleh membawa kesan besar.
Sumber: Cheritaa.com
