Kelantan Red Warrior FC lancar bas rasmi pasukan bagi musim 2025/26

Dalam kemaskini terbaru kelab bolasepak Kelantan Red Warrior FC (KRW), satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KRW dan Ekspres Perdana telah berlangsung sebagai simbolik pelancaran serta penyerahan bas rasmi pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/26.

Penyerahan bas rasmi ini menandakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuhkan imej profesional kelab, khususnya melibatkan urusan logistik dan perjalanan pasukan ke setiap perlawanan sepanjang musim.

Dengan penggunaan bas khas yang membawa identiti Kelantan Red Warrior FC, pergerakan pasukan kini lebih tersusun, berimej korporat dan mencerminkan tahap profesionalisme yang semakin meningkat selari dengan aspirasi kelab untuk kembali mengaum di pentas bola sepak tanah air.

Kelab turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ekspres Perdana atas tajaan serta kepercayaan yang diberikan kepada Kelantan Red Warrior FC dalam menjayakan kerjasama strategik ini.



Kerjasama tersebut bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengangkutan pasukan, malah dilihat sebagai simbol sokongan berterusan pihak penaja terhadap pembangunan dan kebangkitan bola sepak Kelantan.



Sumber: KRW

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan