Situasi banjir semakin pulih di kebanyakan negeri kecuali Selangor

Keadaan banjir di seluruh negara menunjukkan perkembangan positif tengah hari ini apabila kebanyakan negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Namun, Selangor menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan peningkatan.


Di Terengganu, negeri paling terjejas, jumlah mangsa menurun kepada 9,584 orang berbanding 10,399 pagi tadi.

Kemaman kekal mencatat angka terbesar dengan 2,271 mangsa di 16 PPS, diikuti Marang (1,804), Kuala Terengganu (1,662), Kuala Nerus (1,529), Setiu (1,074), Dungun (714), Hulu Terengganu (498) dan Besut (32).

Sebanyak 16 jalan di seluruh negeri masih ditutup kepada semua jenis kenderaan.


Di Perak, angka mangsa turun kepada 6,173 orang di 46 PPS melibatkan enam daerah. Manjung merekodkan jumlah tertinggi (2,307), disusuli Hilir Perak (1,935), Perak Tengah (1,324), Bagan Datuk (502), Larut, Matang dan Selama (79) serta Muallim (26).


Di Perlis, jumlah mangsa turut menurun kepada 6,159 orang, ditempatkan di 24 PPS sekitar Padang Besar, Arau dan Kangar.

Tinjauan mendapati laluan utama di Arau dan Kangar sudah boleh dilalui selepas air surut sepenuhnya.


Satu-satunya negeri dengan peningkatan ialah Selangor, apabila jumlah mangsa naik kepada 4,366 orang berbanding 4,141 pagi tadi, melibatkan 32 PPS di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.


Di Kedah, jumlah mangsa turun kepada 3,302 orang di Kubang Pasu dan Kota Setar. Dua sungai utama mencatat bacaan melepasi paras kritikal iaitu Sungai Bata (bahaya 10.707m) dan Sungai Anak Bukit (amaran 2.53m).


Di Pahang, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 2,268 orang. Jerantut menjadi daerah terbaharu terjejas, sementara Kuantan kekal mencatat jumlah tertinggi (849), diikuti Raub (715), Lipis (494) dan Maran (196).

Lima sungai utama melepasi paras bahaya termasuk Sungai Pahang di Kuala Tembeling (53.87m) dan Sungai Tembeling di Kampung Merting (61.33m).


Di Kelantan, seramai 2,152 mangsa daripada 803 keluarga masih berada di PPS, menurun daripada 3,000 orang pagi tadi. Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Gua Musang kekal terjejas.

Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat 9.97m — masih melepasi paras bahaya tetapi menunjukkan trend menurun.


Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa turun sedikit kepada 373 orang, manakala Melaka turut mencatat penurunan dengan 267 mangsa, dan satu PPS ditutup selepas semua keluarga dibenarkan pulang.

Secara keseluruhan, keadaan banjir di negara ini semakin stabil, namun beberapa kawasan masih berada dalam pemantauan rapi terutama laluan air pasang dan sungai yang masih merekodkan bacaan tinggi.

Sumber: Bernama

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan