Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok

Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bachok hari ini atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga melanggar seorang kanak-kanak perempuan dalam kejadian pada 3 Januari lalu.

Tertuduh, Mohammad Shuhaili Shuib, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova secara cuai sehingga melanggar seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang menyebabkan kecederaan parah di kawasan parkir Sri Chalet Nipah, pada jam 10.45 pagi, 3 Januari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Habil Zainal Abidin.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000, namun pihak pembelaan merayu supaya jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!