Diplomat Indonesia di Peru maut ditembak ketika berbasikal

JAKARTA – Seorang diplomat Indonesia dilaporkan maut selepas ditembak oleh dua lelaki tidak dikenali di luar kediamannya di daerah Lince, Lima, Peru pada Isnin, lapor CNBC Indonesia.


Mangsa dikenali sebagai Leonardo Zetro Purba yang bertugas sebagai Penolong Ketua Kanselari Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Lima disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Klinik Javier Prado.


Dalam insiden berkenaan, mangsa sedang menunggang basikal pulang ke rumah daripada pejabat diplomatiknya di San Isidro sebelum ditembak sebanyak tiga kali oleh suspek yang menaiki motosikal.


Manakala, isteri beliau dilaporkan sedang menunggu di pintu masuk apartmen tempat mereka sekeluarga tinggal.


Tambahnya, motif kejadian masih dalam siasatan namun pihak polis tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan dendam.


Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua suspek dipercayai adalah warga asing.


Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Indonesia mengesahkan kejadian dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Peru bagi membantu siasatan, termasuk memastikan hak dan keselamatan keluarga mangsa terjamin. –#KelantanDaily

TERKINI

Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!