Warga emas 75 tahun tabah jaga anak terlantar sejak lahir di Tumpat

“Selagi Ada Nyawa, Saya Akan Jaga Dia” – Warga Emas 75 Tahun Tabah Jaga Anak Hidrosefalus Seorang Diri

Di usia 75 tahun, ketika kebanyakan orang sudah meniti hari tua dengan rehat, seorang bapa di Tumpat masih gagah memerah tenaga menjaga anak perempuannya yang terlantar akibat penyakit air dalam kepala (hidrosefalus) sejak lahir.

Che Idris Che Deraman, bekas buruh binaan, masih mengangkat, memandikan dan menyuap anak bongsunya, Amni Nazirah, 21, yang kini bergantung sepenuhnya kepada penjagaan 24 jam.

Gadis itu tidak mampu bercakap, seberat 42 kilogram, dan pernah menjalani dua pembedahan membuang cecair dalam kepala pada 2010 dan 2012. Namun keadaannya kekal sama, terlantar sepenuhnya.

Amni juga mengalami sawan setiap dua minggu dan memerlukan ubat antikejang secara teratur.

“Dia tidak boleh ditinggalkan walaupun sekejap, saya risau dia kekejangan.

Dia makan pun saya kena suap… kalau mandi, saya angkat dia ke bilik air, mandikan dan tukar lampin,” kata Che Idris ketika ditemui di rumahnya di Teluk Renjuna.

Kisah pengorbanan warga emas ini bukan bermula hari ini. Beliau pernah menjaga isterinya, Saniah Taib, hampir 15 tahun terlantar akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang sebelum wanita itu meninggal dunia pada 2013.

Sejak itu, tanggungjawab menjaga Amni dipikul seorang diri.

“Selagi saya boleh, saya akan jaga dia. Saya tak nak susahkan orang.

ALLAH masih bagi tenaga walaupun saya sudah tua,” katanya.

Che Idris sendiri menghidap darah tinggi dan perlu makan ubat tiga kali sehari. Untuk rawatan, beliau berulang-alik ke klinik di Sungai Pinang menaiki bot merentasi Sungai Kelantan.

Di rumah, beliau tinggal bersama dua anak lelaki — Che Mohd Asrul, 29, seorang buruh binaan, dan Che Mohd Izwan Shafiq, 26, yang bekerja mengangkut kelapa. Kedua-duanya turut membantu menjaga Amni Nazirah.

Sebagai penjaga pesakit terlantar, Che Idris menerima bantuan RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun, kebimbangannya bukan pada dirinya — tetapi masa depan anaknya.

“Kalau saya meninggal dunia, harap ALLAH dan adik-beradik dapat jaga Amni macam saya jaga dia.

Tapi saya harap panjang umur… kalau ALLAH nak jemput pun, biarlah ambil Amni dulu.”

Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut: Maybank 103016014183 – Che Idris Che Deraman



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!