13 direman kerana himpunan haram di luar Istana Kelantan

Seramai 13 individu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki berhimpun secara haram di luar Istana Negeri, Kubang Kerian di Kota Bharu semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid terhadap kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 67 tahun bermula hari ini hingga Sabtu.

Perintah itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.



Difahamkan, mereka dipercayai berkumpul di hadapan istana berkenaan dan pemeriksaan ke atas beberapa suspek turut membawa kepada penemuan senjata tajam. - Bernama

TERKINI

Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!